Wednesday, February 23, 2011

SYOKNYA lawatan sambil belajar

hahaha... terasa mcm kanak-kanak plak... (bkn betul ke cik izzah oiii :-P) hehehe....sebenarnya... bukan la nk cite pasal lawatan atau rombongan pada masa zaman kanak-kanak dulu... tapi nak cite pasal lawatan budak universiti ke satu perkampungan di Kampung Tikolod, Tambunan, Sabah....


12 Februari 2011 yang lepas, seramai 21 orang pelajar jurusan Biologi Pemuliharaan tahun 3 (tahun akhir tu... x lame lg graduate.. huhu), 1 orang pelajar master, 2 pensyarah dan 4 orang staf Institut Biologi Tropika & Pemuliharaan (IBTP) telah pergi ke Kg Tikolod untuk mencari maklumat mengenai tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang digunakan oleh penduduk tempatan untuk perubatan tradisional, masakan & lain-lain lagi....


di sini... saya akan tunjukkan beberapa tumbuhan yang d gunakan oleh penduduk Kg. Tikolod...

ubi filipin
gambar di atas ni, nama tempatan pokok ini dikenali sebagai ubi filipin... daun pokok ni, slalu nya dimakan sebagai ulam atau di rebus bagi mengubati penyakit tekanan darah tinggi

dalai
poko ni pula dikenali sebagai dalai... pokok ni ada macam-macam kegunaan... antaranya batang yang muda pokok ini akan ditumbuk sehingga lumat dan dimandikan pada "baby" yang demam. selain itu, pokok ini terdapat biji-biji yang keras dan biji ini boleh dijadikan sebagai manik... huhu

daing a.k.a sireh
huhu... pokok di atas ni mesti ramai yang kenal.. nama tempatan dalam bahasa dusun dikenali sebagai daing manakala nama yang biasa digunakan oleh rakyat Malaysia ialah sireh... selain digunakan dalam majlis perkahwinan, daun sireh juga digunakan untuk menghilangkan gatal-gatal pada kulit akibat terkena ulat bulu... caranya, daun sireh perlu digosok pada tempat berkenaan sehinggan kegatalan itu hilang...

piasau-piasau
nama pokok di atas ni ialah piasau-piasau... namapak macam pokok semalu (Mimosa pudica).. tapi sebenarnya bukan... penduduk di sini akan mengambil akar dan batangnya serta direbus dan diminum oleh kanak-kanak yang selesema... (ciannye...)

tenggung korop
pokok ni nama dia memang pelik... cuba tengok gambar di atas... nampak tak getah dia???? getah pokok ni berfungsi untuk merawat luka-luka pada badan... cuma perlu sapukan getah tersebut pada tempat luka...

**** *****
huhu... cuba teka pokok apa ni???? hehehe... nama dia pokok nasi a.k.a padi bukit... comelkan padi yang ditanam di bukit???

selain pokok-pokok... saya juga nak tunjukkan satu gambar...gambarnya di bawah... gambar ni merupakan sebahagian organ yang terdapat pada beruang... yang hitam-hitam tu, hempedu... yang tajam tu kuku beruang... hempedu beruang ni digunakan untuk menghilangkan bisa akibat patukan ular... hempedu tersebut akan dicampurkan dengan minyak kelapa dan disapu pada tempat patukan..

hempedu beruang dan kukunya

saya rasa... ni sahaja yang ingin saya kongsikan bersama... sebab ilmu ni perlu dikongsi bersama agar dapat dimanfaatkan bersama-sama serta dapat diamalkan oleh generasi akan datang... huhu... sebagai penutup... jom kita tengok gambar lagi (bes ade banyak gambar atau banyak ayat???)

ni gambar seseorang yang sedang minum air tapai yang diperam agak lama... jadi orang ISLAM adalah HARAM untuk minum air ni ya... huhu

nama orang yang berada dalam gambar ni ialah Paulus Gandu... umur dia 70 tahun & bekerja sebagai dukun di Kg. Tikolod... En Paulus banyak memberikan maklumat mengenai etnobotani berdasarkan pengalaman beliau... huhu

ni gambar ahli kumpulan saya yang terdiri daripada saya, niza & ummul... orang ketiga dari kiri merupakan pengerusi jawatankuasa kampung, En Widy Siwil

kenangan bersama pelajar etnobiologi bersama penduduk Kg Tikolod... (^_^)

p/s:maaf kerana sesetengah perkataan yang digunakan adalah tidak formal & terdiri daripada bahasa dusun :-)

4 comments:

  1. btol ke ejaan nama tumbuhan tu..ak punye len ejaan die..haha!!

    ReplyDelete
  2. yang mne len??? huhu... aku men hentam ja... huhu

    ReplyDelete
  3. Wah..Siuknya kamu melawwat kampung sa. Nama nama tumbuhan tu semua betul tu. Ada banyak lagi tu di sana...Cheers. UMS alumni.

    ReplyDelete
  4. iya... ada byk lg di sana... cuma masa tak mengizinkn... kami di sana cume 2 hari ja... memang bes di kampung tu... (^_^)

    ReplyDelete