Wednesday, February 29, 2012

teRukiR dI biNtanG

atas sebab saya tiada idea nk post ape.. huhu... saya akan post antara lagu favourite saya bersama lirik skali... khas untuk insan tersayang (*_*)

 
lagu yang unik dan bermakna dr yuna... terukir di bintang

Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Wednesday, February 15, 2012

tisu atau sapu tangan???

salam semua.. maaf semua sebab minggu lepas saya tidak dapat post apa2... untuk post kali ini, saya nak cerita sedikit mengenai tisu dan sapu tangan... huhu... apa yang best pasal tisu dan sapu tangan ni?? kalo nak tahu, jom teruskan bacaan post ni (:-D)

     VS 

biasanya... bila kita akan gunakan TISU ataupun SAPU TANGAN?

mungkin kita akan menggunakan barang ini apabila ingin menutup mulut ketika bersin macam kat gambar 

sebelah ni ----->

ataupun

ketika kandungan mukus di hidung berlebihan serta membuatkan mood kita tidak baik seperti gambar kat

sebelah ni ----->

ataupun

ketika sedang menangis seperti gambar kat

sebelah ni ----->

bagi pendapat anda semua, antara penggunaan tisu atau sapu tangan, yang mana lebih baik? setiap barang tersebut mempunyai kelebihan dan keburukan yang tersendiri... seperti contoh:

Kebaikan penggunaan TISU terutama sekali ketika selesema adalah dapat mengelakkan berlakunya jangkitan bakteria atau virus (atau bahasa pasar: kuman) secara berulang, manakala kebaikan penggunaan SAPU TANGAN adalah dapat digunakan secara berulang serta menjimatkan wang dan dapat mengelakkan banyak pokok dari ditebang bagi tujaan untuk membuat tisu...

Keburukan penggunaan TISU pula adalah menyebabkan kekurangan serta menjurus ke arah kepupusan pokok di muka bumi ini jika permintaan tisu semakin meningkat dan juga membazirkan wang untuk membeli tisu, manakala keburukan penggunaan SAPU TANGAN pula adalah melambatkan prosese penyembuhan selesema seseorang...

jadi, yang manakah pilihan anda? menggunakan tisu atau sapu tangan? semuanya terletak pada pilihan anda sendiri (^_^)

Wednesday, February 1, 2012

cuba teka ada apa kt tangan saya ??? (part 2)

huhu... seminggu telah berlalu... akhirnya... eiko pun telah memberi tahu jawapan yang betul pada saya... huhu. (ingat eiko lagi ke?? kalo tak ingat.. sila klik kt sini ) huhu

agak2 kn la.. apa la barang yang berada pada tangan eiko??
barang yang dipegang oleh eiko merupakan sebuah

hehe... dan dalam kotak besi itu pula ada...

mesti semua tau gambar apa di atas... huhu... itu ialah jantung ataupun dalam bahasa mat salleh nye 'heart'...
saya tak tau la dari mana eiko dapat jantung ni... mngkin dia curi jantung dari 'Davy Jones' kot.. tu yang nampak pelik cket rupa jantung tu...huhu..

sebenarnya... tujuan utama nak cerita pasal jantung ni.. nak bagi tahu... jantung ni  sangat penting pada manusia... tp juga kepada haiwan lain juga... fungsi utama jantung adalah untuk mengepam darah beroksigen keseluruh badan serta mengepam darah tidak beroksigen yang diterima dari organ lain ke paru-paru bg membekalkan darah beroksigen. proses ini akan berlaku secara ulangan dan semulajadi tanpa sesiapapun yang paksa. Hanya Allah saja yang boleh menghentikan proses ini... jadi... sayangi la jantung anda... huhu

kalau nak tahu... bunyi jantung macam ni -'lub-dup, lub-dup, lub-dup' comel sgt bunyi dia.. hari2 saya dgr bunyi jantung saya gune stetoskop... mekasih kt org comel tu sbb bg saya stetoskop... hehe...kalau korang nak tau.. bunyi 'lub' tu terhasil daripada tertutupnya injap atrioventricular manakala bunyi 'dup' terhasil daripada tertutupnya injap semilunar.... (mcm tgh bg lecture psl jantung plak)

huhu... sbnrnye... byk jer fakta menarik ttg jantung... antara yang saya tahu adalah:
1. jantung merupakan organ pertama yang berfungsi dan jantung kita mula berdenyut ketika masih di dalam kandungan ibu kita lg... huhu
 2. degupan jantung tidak boleh dikawal seperti anggota-anggota badan kita yang lain. Jantung kite akan terus berdenyut walaupun kita sruh die berhenti...
 3. Jantung merupakan organ yang paling aktif di dalam manusia walaupun jantung cuma sebesar penumbuk tangan kite...
 4. jantung tidak pernah berhenti berdenyut walaupun kita tengah berehat atau tidur... kalau jantung kita berhenti berdenyut, maka berakhirlah hidup kita...
5. jantung juga dapat memberikan isyarat jika kita sedang takut ataupn sedang jatuh cinta sama ada jantung berdegup dengan cepat atau tibe2 kite ada terasa sakit cket2 kt jantung... huhu.. berdasarkan degupan jantung kite... hanya kite jer yang dapat rasa dan hati serta akal menilai ape yang kita rasa... huhu

 bagi mengakhiri post kali ini... saya cume ingin berpesan... sayangi dan hargailah jantung kita... tiada ada satu ciptaan manusia yang dapat menggantikan jantung yang Allah pinjamkan kepada kita dengan sempurna...maka jagalah jantung kita yang dipinjam dari-Nya.
Allah telah memberikan jantung kepada kita tanpa lemak2 yang banyak, maka apabila kita kembali kepada-Nya, janganlah penuhkn jantung anda dengan lemak2 akibat gaya hidup dan cara pemakanan yang tidak sihat... Allah telah memberikan jantung kepada kita tanpa parut, maka apabila kita kembali kepada-Nya, janganlah penuhkn jantung kita dengan parut2 bekas jahit akibat sakit jantung...

sayangilah jantung (^_^)