Post kali ini agak kurang menarik... ataupun memang tak menarik langsung... kali ini, saya akan menceritakan mengenai kisah seseorang yang saya kenali... kisah hidup dia kurang menarik, tapi, saya saja-saja mau kongsi... hahaha
Kisah ini mengenai orang yang saya kenali bernama *****. Namanya dirahsiakan kerana dia tidak mahu orang mengenalinya... Setakat yang saya mengetahui mengenai dirinya, zaman sekolah dia memang seorang yang ceria... tapi, sejak akhir-akhir ni, dia hanya nampak gembira di luarannya, tapi hatinya, saya pun tak tahu... huhu...
Dulu, ***** merupakan orang yang paling benci dengan lelaki... kalo dilihat, memang dia masih bergurau senda dengan lelaki, tapi, apabila masuk dalam bab cinta, dia jadi benci dengan lelaki... salah satu sebabnya, dia kesian lihat kawan-kawan dia menangis kerana lelaki... tapi, di dalam hatinya, dia akui yang dirinya ingin mencintai dan dicintai seseorang... tapi, apakan daya, dia takut untuk menyukai seseorang...
Waktu zaman sekolah menengah, dia pernah menyukai beberapa lelaki (ish3... teruknya)... tapi, perasaan suka itu hilang begitu saja... sebab dia suka orang-orang tersebut kerana sebagai saingannya untuk berjaya... kebanyakan orang yang dia suka, mesti yang lebih pandai dari dia... jadi dia akan jadikan orang yang dia suka tu sebagai inspirasi untuk berjaya... hehehe
Lepas abis sekolah menengah, dia dapat tawaran kat matrikulasi... di sana, dia masih ceria, tapi dia lebih banyak mendiamkan dirinya... sebabnya, dia sedih kerana dia menghidapi satu penyakit yang tidak mungkin akan sembuh... jadi, dia berasa malu untuk berkawan dengan orang lain... semasa di matriks tu, dia ada berkawan dengan seseorang lelaki yang mula-mulanya dia anggap sebagai kawan sekuliah ja... tapi, lama-kelamaan, dia mula menyukai lelaki tersebut... (saya pun tak sedar bila dia suka lelaki tu.. pernah saya tanya dia, tapi dia kata, nanti dia ckp bila waktu yang sesuai... huhu... bila la agaknyakan???) ***** pernah cerita kat saya pada suatu petang tu, petang tu dia terserempak dengan lelaki tu, tiba-tiba dia rasa berdebar masa terpandang lelaki tu dan kata-kata dia sewaktu berbual dengan kawan baik dia jadi berterabur... (kes parah sudah ni) Dia menangis waktu cerita kat saya, dia tidak tahu kenapa ada perasaan ini dalam hatinya... kalau boleh, dia tak mahu ada perasaan ini... dia sedar sapa dia untuk menyukai orang yang dia anggap begitu baik sangat...
Perasaan itu, tak pernah berkurang walaupun dia tahu lelaki itu pernah menyukai perempuan lain... Memang hati dia tu teramatlah kecewa (saya dissect badan dia, tu yang saya tahu hati dia macam mana... huhu) tapi, dia cuba kuatkan semangat untuk melalui hari-harinya... Dia menutup hatinya dari disinggahi mana-mana lelaki... kalau boleh, dia akan pendamkan perasaan itu sampai bila-bila... (iya la.. xkn la ***** nak mengaku dulu, mesti la lelaki yang ckp dulu). Dia cuba untuk hilangkan perasaan itu, tapi dia tak mampu... semakin cuba untuk dia lupakan, semakin dia suka (sayang pn jg... hahaha.. opss... terlepas cakap)... apa yang mampu dia lakukan, dia berdoa agar lelaki yang dia suka tu menjadi teman hidup dia di dunia dan akhirat jua. (hahaha... saya curi2 baca diari dia waktu dia xda kat bilik)
Dipendekkan cerita,(penatlah nak menaip... panjang sangat la cerita ni) baru-baru ni, dia ada call lelaki tu... dia cuba beranikan diri untuk bertanya sesuatu... mula-mula dia takut mau call sebab dia tak mahu ganggu emosi lelaki tu lagi... tapi, bila dia tanya kat lelaki tu, lelaki tu jawab, dia ok ja... (tak baik tipu org perempuan) dia pun tanya la... pasal pertanyaan dia tu, dia merasakan lelaki tu "bad mood" disebabkan dia ( ish3... *****, len kali fikir masak2 dlu sblm nk tnya) ***** berasa bersalah sangat... dia tak mampu nak lakukan apa-apa lagi... apa yang dia suruh saya sampaikan kat lelaki tu, dia mintak maaf sangat-sangat... semua yang berlaku berpunca dari dia (ckp la sendiri, nak jgk saya sampaikan kat lelaki tu... kalo dia dengar saya sampaikan, tak pa la jgk... kalo dia tak dengar, blanja saya mkn aiskrim... hahaha) dia berasa sangat susah hati... bila dia susah hati, dia lagi kuat makan aiskrim (ish3... baru ja dia pesan aiskrim satu tupperware besar dgn kawan meja sbelah dia)... hahaha.. bukanlah... kalo dia susah hati, dia ajak saya sama-sama dengar lagu.... (masalahnya, dia suka dengar lagu Ada Cinta (Acha & Irwansyah)... time dia dgr lagu tu, dia menangis... pening2, saya pn tak tahu nak wat mcm mana lg... saya pun menangis sama... hahaha)
p/s: cerita ini adalah rekaan semata-mata kerana x thu mau tulis apa... mcm org gila ja.... tak pa... post akan datang, saya akan lebih serius... ;-)
izzah.ini macam cerita kamu la..hahahha
ReplyDeletekamu ngan azam eh skang ni?gitawla saya..saya kan kawan bek kamu mase sekolah lagi..huhhhu
erma, huhu... bkn cite saya la... cite rekaan ja ni... tgh boring2 kot time tu... huhu...
ReplyDeletepsl azam 2, no comment la... huhu ;-P
den taw ko cite psl sape... huhu
ReplyDeletecmne p'kmbngan??? nk taw jugak... ngeee~~
huhu... perkmbangan??? biarlah rahsia... ;-P
ReplyDelete